|
5 PERDAGANGAN 2012 !
Monday, November 26, 2012 | 3:09 PM | 0 cookies
argh , dah lama Lynnda tak story kat sini . Esok adalah last day Lynnda exam SPM dan last day Lynnda jumpa kawan - kawan yang Lynnda sayang semua . kelas 5 PERDAGANGAN adalah kelas bersejarah bagi Lynnda untuk tahun 2012 ini . Dalam kelas ini jugak la tempat Lynnda dan kawan - kawan Lynnda menuntut ilmu dan bersuka ria . sumpah Lynnda rindu semua ni . <-- with tears :( lepas ini mesti korang semua ada hala tuju masing - masing . dah susah nak jumpa apabila kita semua berpisah , bukan macam kita semasa sekolah , kalau jumpa je gaduh , jumpa je gaduh . :D Lynnda akan rindu kawan sebelah Lynnda iaitu Fairuz , yang selalu ada ketika aku susah , yang selalu ada apabila bersama dengan rakan - rakan , yang selalu ada apabila aku sedih dan yang selalu ada walau di mana kami berada . Sumpah rindu gila - gila . Lynnda sayang kawan Lynnda , Nabihah , Atikah , Aqeela , Fatin , Syira , Imma . kalau dia tak ada , kelas pasti tak akan ketawa iaitu Alya Wahieda , dia selalu ketawa walau di mana sahaja . pastu rindu kat dia nak ketawa sama - sama . dengan dia aku bergaduh , dengan dia aku ketawa iaitu Hafiz , Farhan , dan yang lain - lain . Lynnda akan ingat semua ini . memori ini akan selalu berada di ingatan . kepada cikgu - cikgu yang mengajar kami , TERIMA KASIH atas segala tunjuk ajar . kepada Ustazah Sakinah terima kasih atas segala - galanya . sebab Ustazah lah kami selalu ingat Ustazah dan kerana Ustazah lah kami jadi pelajar yang mempunyai ilmu . kami tahu Ustazah marah ada sebab , walaupun Ustazah tak tunjuk , tapi kami tahu semua itu . kami mintak maaf selama 2 tahun kami belajar dengan Ustazah kami ada buat salah dan silap , tersalah bahasa , terkasar dan semua ter laa . :D kami mintak maaf . dan tak lupa jugak kepada teacher kesayangan kami iaitu Teacher Rozita ! ! kami seronok sepanjang teacher mengajar kami , seronok sangat - sangat , teacher la yang paling sporting dalam kelas . terima kasih teacher . kepada cikgu BM kami , kami mintak maaf sebab kami selalu tidur dalam kelas dan selalu tak dengar time cikgu mengajar . maafkan kami . dan kepada semua guru la , kami meminta maaf jika tersalah bahasa , dan semua laa . (dan letih menaip ni ) . Lynnda akan ingat selalu . maafkan Lynnda jika tersalah tulis , terkasar bahasa . maafkan Lynnda . hehehe . Lynnda sayang semua orang yang selalu ada dekat Lynnda . :D |